Tuesday 24 February 2015

Review Get Clean Basic H ~ Produk Pencuci Serbaguna

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak share video pertama saya berkaitan Get Clean Basic H iaitu salah satu produk kegemaran saya. Sebenarnya saya telah diminta oleh Mak Shaklee saya a.k.a Upline saya untuk bagi talk tentang product sharing - satu slot diwaktu petang. Saya buat sharing ni masa Class 4: South Region SUPERCOMEBACK pada 24 Januari 2015 di MMU, Melaka.

Sejujurnya, saya segan nak share sebab saya berasa agak kekok bila tau adanya rakaman yang akan dibuat. Tapi, saya jadi agak seronok bila dapat menceritakan tentang kebaikan Basic H ni kepada Team Supermom SUPERCOMEBACK.

Saya berharap sangat apa yang saya share ni memberi manfaat kepada semua.
Selamat menonton.

p/s: Sekiranya terdapat kekurangan yang dapat saya perbaiki dimasa akan datang, harap rakan-rakan semua dapat memberikan komen dan tunjuk ajar.



Monday 9 February 2015

Tip 10 Cara Memilih Bedak Asas




Tidak semua wanita memiliki kulit yang mulus dan gebu. Lantaran, teknik solekan sangat penting untuk menutup cela dan segala kekurangan pada wajah.

Rahsia kulit wajah yang mulus dan sekata terletak kepada bedak asas. Bedak asas yang tepat akan menyempurnakan solekan seterusnya menyerlahkan kecantikan semulajadi. Jom kenali jenis bedak asas dan cara tepat memilih produk ini.

CECAIR

Kebanyakan wanita memilih jenis cecair kerana ia mudah digunakan dan memberi kesan semula jadi kepada kulit. Terdapat dua jenis bedak asas cecair iaitu berasaskan air dan minyak. Bedak asas jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit.

KRIM

Bedak asas krim menutup cela pada wajah dengan lebih baik dan juga mudah digunakan. Didatangkan dalam dua kategori iaitu padat dan batang, bedak asas jenis ini amat sesuai untuk solekan fotografi, litupannya lebih sempurna dan membuatkan kulit wajah tampak licin malah solekan lebih lama.

DUA DALAM SATU

Bagi anda yang mahu menjimatklan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita  bekerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.


Saya memilih bedak asas berasaskan cecair sebab mudah diaplikasikan kepada kulit saya. Tetapi, saya jarang-jarang memakai bedak asas. Saya hanya memakainya jika menghadiri majlis formal anjuran jabatan ataupun menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Maklumlah... Bila dah ada 2 orang anak kecil, tak sempat nak bersolek....   :)

Tanpa membuang masa, jom baca dengan lebih lanjut berkenaan:

10 CARA MEMILIH BEDAK ASAS.

1. Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan warna ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan pada kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit, ertinya anda memilih warna yang betul. 

2. Jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan tidak tampak semula jadi.

3. Ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit wajah.

4. Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span atau hujung jari.

5. Jika anda berkulit kering, campurkan bedak asas dengan sedikit pelembap dan gaul  sebati sebelum menyapu pada wajah.

6. Ada yang memakai bedak asas berlebihan kononnya untuk menutup cela pada wajah dengan lebih baik. Cara ini salah sama sekali dan hasilnya solekan tampak tidak natural.

7. Sekiranya bedak asas tidak sekata, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.

8. Anda juga boleh menggunakan berus untuk menyapu bedak asas pada wajah.

9. Pilih berus yang diperbuat daripada bahan sintetik agar tidak menyerap bedak. Gunakan berus yang nipis di bahagian hujung agar bedak asas mudah disapu pada wajah.

10. Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak dilakukan mengikut liang roma. Jangan melawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.


Harapan saya agar tip ini dapat membantu rakan-rakan dalam membuat keputusan membeli bedak asas yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Kalau tak, rugi je.. Beli mahal-mahal tapi pakai bercapuk-capuk sebab warna yang tak kena dengan kulit...

Good Luck!!!!





Ihsan: Mingguan Wanita

Monday 2 February 2015

Vita-Lea For Children | Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

 


Shaklee telah memperkenalkan multivitamin pertama khusus buat anak-anak anda. Kalau korang nak tahu dah lama Vita-Lea for children ni menghilangkan diri. Bukan apa, Shaklee dah buat improvement formula kat vitamin tu... 

Sekarang, Vita-Lea for children sudah kembali dengan formula yang lebih lengkap dan terbaik buat anak-anak kita. 
 
 
 
 
Kenapa harga Vita-Lea sekarang makin mahal? Okay ini jawapannya yang lengkap dan munasabah... Bukan Shaklee suka-suka naikkan harga tau...
 
 
"The new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORK. ALWAYS GREEN.

Even though the bottle price is high, however, it is recommended to consume
1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings the per serving cost to only RM1.48 per serving compare to old formulation’s RM1.20, which is an increase of only about 20%.




Rugilah kiranya ibu-ibu di luar sana jika tidak mengambil peluang untuk memborong Vitalea Untuk Kanak-Kanak ini ketika waktu Promosi (Buy 3 Free 1, Promo Februari 2015).




Sebarang Pertanyaan dan Pembelian, Hubungi:

Haliza Binti Kamis
Telefon/SMS/Whatsapp: 017-6396124
Email saya: ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA