Friday 2 January 2015

ALKOHOL & KESAN KEPADA MANUSIA

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol (ethanol). Ia juga dikenali sebagai arak atau minuman keras.




 Jenis-Jenis Minuman Beralkohol

 1. Minuman beralkohol dalam pasaran

i)   Liquor (vodka, whisky)
ii)  Bir (shandy, beer dan stout)


2. Minuman alkohol yang disediakan secara tradisional

i)   Tuak,
ii)  Todi,
iii) Air tapai



TAHUKAH ANDA!!


Alkohol tergolong dalam kumpulan dadah penindas(depressant) yang menindas dan mengganggu sistem saraf dengan melambatkan fungsi/gerakbalas badan.

Dalam jumlah yang tinggi, alkohol boleh menyebabkan rasa mengantuk, mabuk, pengsan dan kematian.

Di bawah Akta Makanan 1983, minuman beralkohol tidak boleh di jual kepada mereka yang berumur kurang dari 18 tahun.




KETAHUI KESAN ALKOHOL KEPADA ANDA



KEMABUKAN

(Kesan Jangka Pendek)
  • Kecederaan
  • Kemalangan
  • Pergaduhan
  • Mencederakan Orang Sekeliling

KEBERGANTUNGAN

(Kesan Jangka Panjang)
  • Masalah Kesihatan Mental
  • Hilang Tumpuan Pekerjaan
  • Masalah Sosial & Ekonomi
  • Kemurungan

TOKSIK KEPADA ANGGOTA BADAN

(Kesan Jangka Panjang)
  •  Sirosis Hati
  • Kanser Mulut, Tekak dan Esofagus
  • Kerosakan Otak
  • Pankreas
  • Kecacatan bayi (wanita mengandung yang mengambil alkohol)


ALKOHOL MEMUDARATKAN KESIHATAN


Alkohol yang diminum diserap di bahagian usus kecil dan perut. Penyerapan ini berlaku dengan pantas dan boleh dikesan kehadirannya di dalam darah dalam tempoh 5 minit selepas meminum minuman tersebut.

Selepas proses penyerapan berlaku, alkohol akan tersebar ke seluruh tubuh dan mula memberi kesan terhadap setiap sistem tubuh terutamanya sistem saraf, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem endokrin dan otot-otot badan.



PENGAMBILAN MINUMAN BERALKOHOL DI KALANGAN REMAJA


Sekiranya remaja mengambil alkohol:
  • Terdedah kepada kemalangan dan kecederaan akibat mabuk
  • Meningkatkan risiko gangguan seksual
  • Merencatkan dan merosakkan perkembangan otak
  • Terdedah kepada penyalahgunaan dadah
  • Meningkatkan risiko kepada masalah sosial yang lain seperti ponteng sekolah dan pergaduhan
  • Mendedahkan kepada tingkah laku berisiko untuk penyakit kelamin, jangkitan HIV dan aktiviti seks rambang
  • Membahayakan rakan mereka yang tidak mengmbil alkohol dengan perlakuan mereka ketika mabuk

INGATLAH!


Pencegahan pengambilan minuman beralkohol memerlukan penglibatan semua pihak. Semua individu harus memainkan peranan mereka dengan:
  • Menggerakkan masyarakat membantu remaja menghindari alkohol
  • Membangunkan dan menyokong persekitaran yang boleh membantu remaja menghindari alkohol
  • Ibubapa harus berusaha mengekalkan keharmonian rumahtangga dan keluarga supaya remaja rasa dihargai dan disayangi maka mereka tidak mencari hiburan diluar rumah
  • Remaja harus memahami tentang kemudaratan minuman beralkohol




Sumber: Kementerian Kesihatan malaysia

No comments:

Post a Comment