Tuesday 14 October 2014

Makanan Sedap di Restoran Rayyan Burger Bakar, Seksyen 15, Shah Alam


Assalamualaikum. 

Nak cerita sikit. Hujung minggu lepas, saya berkesempatan dapat pergi dan makan Burger Bakar di Restoran Rayyan yang sedap di Seksyen 15, Shah Alam. Sebenarnya en suami yang teringin nak makan. Restoran ni juga ada jual Nasi Ayam. Ayam yang digunakan adalah ayam bakar tau. Bukannya digoreng. Memang spesial sungguh. Macam-macam lagi pilihan yang ada.

 


Memang kompem sedap.. Meh saya belanja gambar-gambar santapan saya tempoh hari. Yang saya makan ni untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.


Saya Makan Chic Pepper RM8.50


En Suami Makan Dee Ori Beef RM6.50


Anak-Anak Makan Nasi Ayam Bakar
 

Air Apple Asam Boi dan Teh O Ais
 

Gambar Set Kentang Goreng tak sempat nak ambil gambar sebab anak-anak dah terkam dulu. Hihihihi.. Suasana tempat makan juga selesa dan ruang kedai yang besar. So far, anak-anak tak de sibuk nak berlari-lari sebab tumpuan mereka hanya pada makanan. Maklumlah masing-masing dah lapar.

Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab mutu gambar tak berapa nak cantik. Maklumla guna henpon yang tak berapa nak canggih.




Meh sini saya nak bagi info alamat dan nombor telefon restoran ni. Kot-kot ada yang mengidam nak makan burger bakar ni....


Rayyan Burger Bakar

No 386, Jalan Pahat J 15/J
Kompleks Otomobil
Seksyen 15, Shah Alam
 Tel: 03-55244585

Buka: 10.30 pagi - 12.00 malam
Jumaat: 3.00 petang - 12.00 malam
 
Isnin tutup



Enjoy makan burger bakar.

No comments:

Post a Comment