Wednesday 22 January 2014

Tungku Urut Legakan Tubuh Letih

Amalan bertungku sinonim dengan wanita yang melahirkan cahaya mata. Sepanjang tempoh berpantang, selain urutan, bertungku antara rawatan yang dilakukan wanita untuk kembali langsing dan membaik pulih kesihatan dalaman.

 
   
Amalan bertungku dikatakan dapat menghilangkan keletihan, mengurangkan sakit badan serta memberi kelegaan pada urat yang tegang dan sengal. Ia juga dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stres, melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak dan membuang angin dalam badan.


Buat Sendiri Tungku Bunjut

 

Bahan-bahan: 

  • Lada Hitam
  • Biji Sawi
  • Jintan
  • Halba
  • Tali
  • Kain Berbentuk Empat Segi 

Cara Membuat: 

  1. Kesemua herba ini digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan ini di dalam kain dan ikat seperti bunjut.
  3. Setiap kali hendak digunakan, panaskan dalam ketuhar atau periuk elektrik selama 5 hingga 10 minit.
  4. Tuam tubuh atau bahagian yang sakit dengan tungku tersebut.

Tuesday 21 January 2014

Set Kesihatan Optimum Shaklee


Memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan:

  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

Kepentingan setiap vitamin shaklee kepada tubuh




Sustained Release Vita-C

  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  • Membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan.


Vitalea (Multivitamin) 

  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  • Penting bagi prosess pertumbuhan.
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  • Melengkapkan nutrient yang kurang.
  • Membantu penyerapan zat dari makanan. 



B-Complex

  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit

Siapa yang boleh mengambil set ini?


  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambah Energising Soy Protein (ESP), Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk kesan yang lebih baik lagi.




Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Monday 20 January 2014

    Hilangkan Kesan Degil Dengan Basic H ~ Kuali Ku Bersinar Semula… Tak Perlu Nak Sental Bagai….

    Pagi tadi belek-belek sambil mengemas tingkat pinggan mangkuk, ternampak pulak kuali ni. Niat hati nak buang dah kuali ni sebab suami masak pakai sudip plastik sebelum ni. Habis cair sudip plastik tu. Sebelum ni dah cuba sental tapi tak hilang. Saya cakap ngan suami... Biar je la dulu kuali tu... Ade masa saya gonyoh kuali tu… Tempat yang kena tu kat tengah-tengah kuali....

    Kesimpulannya... Hari ni saya terlebih rajin ok... Apa lagi... Saya capai pencuci sebaguna Shaklee Basic H… Saya lap sekali lalu je Basic H tu kat kuali.. Pastu saya biarkan sekejap… Lebih kurang 15 minit jugak la saya biarkan. Lepas tu saya pun ambil span cuci pinggan… Saya sental dan sental… Amazingly…. Kesan coklat iaitu kerak yang degil yang saya suatu masa dulu pernah saya sental sebelum ni yang susah nak tanggal… Yang dah berkerak tu… lagi-lagi kat cuping kuali... Dengan mudah boleh tanggal… Memang ajaib…

    Rasa-rasanya lah kan, memang rugi sangat-sangatlah kalau saya nak buang kuali tu… Sentimental value tu… Beli masa first masuk rumah sewa, lepas bergelar isteri kepada En Kamarul Rahmat… Cinta hati saya… Untuk suamiku… Yes!!! Kuali dah macam baru semula….   :)





    Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
    Call / SMS / WA :  017-6396124

    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Saturday 18 January 2014

    Performance Drink ~ Penghilang Dahagaku ~


    Sekilas info Performance Drink :

    1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

    2. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

    3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

    4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu @ mengepam.

    5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu @ mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.




    Orang2 yang sesuai mengambil Performance Drink

    * Mereka yang aktif bersukan.
    * Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka, bukan waktu tengah puasa ;p).
    * Mereka yang menghidap gout.
    * Ibu yang menyusukan anak.
    * Mereka yang kurang minum air.
    * Mereka yang kerap sakit kepala.
    * Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
    * Kanak-kanak yang demam.
    * Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.


    Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

    Penghilang Dahaga untuk Si Juara
    Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

    Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

    Terbukti secara klinikal
    Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
    • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
    • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
    • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

    Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
    Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

    Jaminan Ketulenan Shaklee 
    Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.



    Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
    Call / SMS / WA :  017-6396124
    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Friday 17 January 2014

    Tip Penjagaan Kaki Merekah ~ Kaki Lembut dan Mulus Idaman Semua

    Majoriti wanita begitu peka merawat wajah, namun tidak ramai mengambil berat penjagaan kaki. Akibat pengabaian ini, ramai wanita mengalami masalah kaki berkematu, kulit kasar dan tumit pecah. Selain sikap sambil lewa, mungkin juga wanita kekurangan bajet melakukan perawatan spa kaki. Memahami kewangan anda, saya kongsikan tip penjagaan dan perawatan kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.
     


    Langkah Rawatan:


    • Cuci kaki menggunakan pencuci khas, pastikan anda mencuci celah jari dengan sempurna agar kotoran dan bau kaki hilang. Kemudian rendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi selama 10 hingga 15 minit.
    • Kemudian gunakan scrub untuk menggosok kaki. Skrub dapat menanggalkan kulit mati dan menjadikan kulit kaki lebih halus.
    • Sapukan masker khas pada bahagian kaki, biarkan ia kering lebih kurang 10 minit.
    • Selepas itu, lap kaki sehingga kering dengan menggunakan tuala lembut.
    • Kemudian, sapukan losen kaki agar kulit bahagian ini lembap dan lembut.
    • Bagi anda yang memakai kasut bertutup, sapukan bedak khas anti bakteria pada kaki untuk membuatkan kulit kaki kering. Bedak ini juga dapat menghilangkan bau kurang enak.
    • Ketika tidur malam, anda boleh juga menyarung stokin khas yang dapat meredakan tekanan pada bahagian kaki dan membantu melancarkan perjalanan darah; atau
    • Menggunakan krim serbaguna Herbal Blend Shaklee. Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar & pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit. Dingin bermenthol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuklah Sage, Horse Chestnut Yarrow dan Rosemary.



    Tip Rehatkan Kaki

    • Rendam kaki selama 15 hingga 30 minit dalam air suam yang dicampurkan dengan garam bukit, garam laut mati atau garam kasar. Air rendaman ini akan membuatkan anda lebih relaks dan membuang toksin serta menghilangkan bau kaki. 
    • Apabila hendak tidur, lapik kaki dengan bantal peluk. Posisi ini membuatkan kaki dapat berehat dan melancarkan perjalanan darah.






    Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
    Call / SMS / WA :  017-6396124
    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Thursday 16 January 2014

    Testimoni Pengguna Tegar Shaklee ~ Haliza Kamis (MySelf)

    Saya nak cite sikit tentang testimoni saya menggunakan produk Shaklee iaitu bermula pada pertengahan Jun 2012. Saya telah mengambil Set Menyusu (Pemium) ~ Set 3M ~ iaitu B-Complex, Vitalea, Alfalfa Complex, Sustained Released Vita-C, Energing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix. Masa tu anak saya yang nombor dua tu berusia 3 bulan lebih. Alangkah baiknya kalau dari dulu lagi saya tau tentang Shaklee.... Tak la menggagau nak makan jamu jek... Tak sedap kot makan jamu...  :)  Shaklee ade vitamin untuk semua masalah... Berbalik pada Set Menyusu tadi, pada Ogos 2012 saya tambah lagi dengan Lecithin dan Omega Guard .

    Sebelum ini, kulit saya dikategorikan kepada kulit kombinasi iaitu jenis berminyak dan kering. Masalah yang selalu timbul adalah jerawat batu akan senang tumbuh di sekitar pipi, dahi, hidung dan dagu. Manakala akan kering di sekitar keliling bibir. Selain itu, Whitehead dan Blackhead juga selalu menumpang bertepek di bahagian hidung yang tak berapa nak mancung ni. Maka, setiap 2 minggu, saya akan buat facial  sendiri kat rumah. Memang azab jugaklah... 

    Di Majlis Pernikahan dan Majlis Perkahwinan saya, mak andam terpaksa mekapkan saya tebal-tebal kerana nak tutup jerawat yang berbenjol-benjol kat muka ni... Malu jugak pada waktu tu... Mekap pon jadi tak cantik... (Kalau lah boleh diulang ke waktu itu, saya mesti amik suplement Shaklee.... Hihihihi... (Mode: Malu nak masukkan pic pengantin... Macam muka tak siap....)

    Selama hampir 6 bulan ambil Set 3M bersama Lecithin dan Omega Guard, hasilnya memang lah macam tak percaya. Kulit lebih bersih, cerah, tiada lagi jerawat, gebu-gebas dan badan pon sihat. Jarang dah jatuh sakit. Ye lah, ade juga orang cakap, semua ni kan kuasa Allah... Betul... Saya tak nafikan itu semua, tetapi apa yang saya lakukan ialah berusaha memperbaiki diri dan tahap kesihatan, tawakkan dan doa....





    Setelah anak berhenti menyusu, saya masih mengambil B-Complex, Alfalfa, Sustained Released Vita-C, ESP, Lecithin, Omega dan saya tambah Zinc Complex, GLA Complex, Performance Drink (PD). Wah... Macam gila kuasa pulak kan.... Banyaknye saya amik supplement... Hehehe... Saya bukan ambil sekaligus semua sekali telan.. Tapi saya makan ikut jadual... Hasilnya lagi marvelous... Period dah teratur, senggugut pon dah tak da, kulit lagi bertambah sekata dan makin putih (hihihi... Perasan la plak kan)... Lain-lain yang saya perasan, berkaitan hubungan intim ~ seakan malam pertama. Semuanya mantap lah... Kalau terasa nak mencuba suplement Shaklee ni, bolehlah hubungi saya. Ilmu ni kita tak boleh simpan sorang-sorang. Ilmu kena share-share, baru berkat... tak gitu....

    Gambar kat bawah ni plak hasil selepas saya tambah dengan Collagen Powder yang memang best. saya dapat kulit yang lebih cerah. Sekarang saya dah tak pakai foundation dan compact powder ketika nak ke pejabat. cukup sekadar tepek bedak baby Johnsons jek... Kalau nak ke dinner je baru saya pakai bedak compact. tu pon kalau rajin la... Kalu tak cukup dengan eye liner dan celak...




    Sebarang pembelian / Pertanyaan:

    Call / SMS / WA :  017-6396124
    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Wednesday 15 January 2014

    Alfalfa Tumbuhan Ajaib 1001 Fungsi - Shaklee


    Mungkin ada yang tidak pernah dengar atau mengenali Alfalfa sebelum ini. Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.


    Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

    Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

    Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.





    Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

    Vitamin A – Untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

    Vitamin E – Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

    Vitamin U – Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

    Vitamin B6 – Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

    Vitamin K – Penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


    Vitamin D – Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


    MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

    Kalsium – Membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

    Zat Besi – Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

    Kalium – Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digest lemak.

    Fosforus – Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

    Klorin (klorida) – Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

    Sodium – Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

    Silikon Magnesium – Membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


    Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

    Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

    Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

    Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

    AWAS!!!!

    Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.




    Testimoni Pengguna Alfalfa Complex


    Testimoni 1


    Testimoni 2


    Testimoni 3


    Testimoni 4



    Sebarang Pembelian dan Pertanyaan:

    Call / SMS / WA :  017-6396124
    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



    Kredit kepada Master Lyna Noh.

    Thursday 2 January 2014

    Cara Sihat TAMBAH Berat Badan

    Wanita sangat prihatin kepada bentuk tubuh mereka. Bagi individu berbadan gempal, pastinya tubuh langsing menjadi idaman. Oleh itu, pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan tubuh ke bentuk asal persis anak dara. Perkara yang sama juga berlakun ke atas wanita yang mempunyai badan terlalu kurus. Mereka juga bercita-cita  menaikkan berat badan agar tubuh kelihatan menarik.

    Bagaimanapun, usaha menaikkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai berpendapat  untuk gemuk mereka hanya perlu makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali.  Ini kerana, mengambil makanan tanpa kawalan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    Berikut adalah beberapa  tip yang boleh dijadikan panduan bagi menaikkan berat badan dengan kaedah selamat dan sihat.


    Ambil Nutrisi

    - Menambah berat badan tidak bermakna anda perlu kerap mengambil makanan berlemak. Ingat, anda bukan hanya ingin menambah berat badan tetapi cuba menaikkan otot. Makanan berlemak tidak digalakkan begitu juga  dengan makanan ringan

    - Sebaliknya pilihlah makanan sihat dan mengandungi lemak, karbohidrat serta nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Mungkin dengan mengambil susu, ikan salmon, daging ayam, pasta, keju, telur serta produk-produk  yang mengandungi krim dan protein boleh membantu pertambahan berat badan seperti mana yang diinginkan.

    - Oleh itu, pilih makanan yang mempunyai nutrisi, tidak hanya kalori tanpa zat-zat yang diperlukan. Antaranya ialah:

    Meal Shake

    * Merupakan nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
    * Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
    * Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
    * Membekal nutrisi kepada sel tubuh dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
    * Anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
    * Mengembalikan seri wajah.
    * Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
    * Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
    * Lazat dinikmati oleh semua peringkat umur.


    Vita-Lea


    * Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
    * Membantu penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
    * Sebagai pelengkap nutrisi, kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan pesakit anemia.
    * Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
    * Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
    * Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
    * Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, dan hati.


    B-Complex

    * Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga, membantu masalah penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
    * Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
    * Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang-tulang.
    * Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
    * Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian.
    * Mencegah anemia.
    * Merawat sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darah atau laut.
    * Meredakan senggugut, kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.
    * Mencegah jangkitann lidah dan nafas berbau.
    * Meredakan alahan.


    Rajin Bersenam



    - Sekiranya anda beranggapan bahawa senaman hanya boleh menurunkan berat badan, pertimbangkan semula. Sebenarnya senaman yang dijadikan sebagai rutin memainkan peranan besar menaikkan berat badan. Sebaiknya mintalah bantuan daripada mereka yang lebih pakar berkaitan senaman seperti mana yang disediakan di pusat-pusat gimnasium.

    - Dengan pengetahuan yang dimiliki sudah pasti mereka lebih arif mencadangkan senaman-senaman yang boleh dipraktikkan untuk menaikkan berat badan.
    - Bagi mendapatkan kesan lebih cepat, amalkan minuman yang kaya dengan protein seperti coklat smoothie sebaik selesai melakukan senaman.


    Dapatkan Tidur Teratur



    - Ramai mengambil mudah perihal tidur. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian maka ia sering diabaikan.
    - Meskipun senaman dan menjaga pemakanan telah dilakukan tetapi jika waktu tidur tidak teratur maka ia hanya akan menggagalkan misi sebenar.
    - Anda perlu mendapatkan waktu tidur yang cukup sekiranya ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini.


    Ihsan: Mingguan Wanita





    Call / SMS / WA :  017-6396124
    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan